Huey, Louie dan Dewey adalah 3 watak Disney yang muncul dalam kartun dan buku komik yang diterbitkan oleh
Syarikat Disney. Mereka adalah anak saudara
Donald Duck. Huey, Louie dan Dewey dibuat oleh
Ted Osborne dan
Al Taliaferro. Mereka muncul pertama kali di komik jalur akhbar pada
17 Oktober 1937, manakala kemunculan pertama dalam filem animasi adalah dalam filem kartun
Donald's Nephews pada
15 April 1938. Huey, Louie dan Dewey adalah anak kepada kakak Donald Duck. Pada filem Donald's Nephews, nama ibu kandung Huey, Louie dan Dewey adalah Dumbella, namun dalam komik, nama lengkapnya adalah
Della Thelma Duck. (Dumbella sebenarnya bukan nama, tapi nama panggilan). Pada filem Donald's Nephews, mereka dihantar oleh ibunya untuk mengunjungi Donald buat sepanjang sepanjang hari, namun dalam komik, mereka dihantar untuk tinggal bersama Donald hingga ayah mereka (yang tidak pernah kelihatan) kembali dari
hospital. Baik dalam komik ataupun filem, ibu bapa mereka mereka tidak pernah kedengaran lagi setelah cerita itu kerana selanjutnya mereka tinggal bersama Donald. Mereka berempat tinggal di
Duckburg, di negara rekaan iaitu
Calisota.Huey, Louie dan Dewey memiliki sifat yang nakal, kadang-kala mereka membalas dendam apa yang dilakukan pakcik kepada mereka. Namun, dalam komik buatan
Al Taliaferro dan
Carl Barks, mereka kelihatan lebih sopan, selalu menolong pakcik mereka dan datuknya,
Scrooge McDuck dalam pengembaraan mereka. Mereka memanggil Scrooge sebagai pakcik ("uncle") walaupun dia adalah datuk mereka. Pada awal komik Barks, mereka bertiga masih liar dan tidak dapat dikawal, tetapi mereka mula berubah kemudiannya.Huey, Louie dan Dewey dapat dibezakan dengan warna topi dan baju mereka: Huey memakai baju dan topi berwarna merah, Dewey mengenakan baju dan topi berwarna biru, dan Louie memakai baju dan topi berwarna hijau.